Saturday, February 19, 2011

Anak saya Ponteng Sekolah (part 2)

Tadi, semasa saya berkunjung ke rumah student saya yg mahu berhenti sekolah, dia bersembunyi di dalam bilik gara2 tidak mahu belajar.  Ibunya tiada di rumah kerana bekerja.  Mujur ada bibik yg membantu mencarinya.  Bila dia ternampak saya, dia cuma tersengih kemalu-maluan.  Jom kita belajar, saya menyapa dia.  Dia cuma menggelengkan kepala.  Saya memimpin tangannya sambil berkata, "hari ni kita nak belajar sains..pasal binatang..nak tak?"  Dia mengangguk sambil tersenyum.

Kesempatan yang ada saya gunakan utk bertanya.  "Kenapa nak berhenti sekolah?  S tak suka belajar ke?  Dia cuma berkata, "Saya nak belajar kat rumah je..tak nak pergi sekolah. ".  "Tak suka pergi sekolah ke...kan ramai kawan kat sekolah, kalau kat rumah tak de kawan".  Dia hanya menjawab , "Malu".

"Malu dengan kawan-kawan ke atau dengan cikgu?", tanya saya bagai polis pencen.  "Malu dengan cikgu", katanya.

"Kenapa nak malu dengan cikgu?", tanya saya lagi.  "Cikgu suka ketawakan saya.  Budak lain pun ketawakan sama", balas S.  "Cikgu ejek S ke?", tanya saya lagi.  Dia hanya merenung saya sambil berkata "Dia suka malu saya".

Seperti yang pernah saya katakan tempohari, S tiada masalah kelakuannya seperti kanak-kanak ADHD.  Tidak mengusik pelajar lain, lebih suka menyendiri.  Dari pemerhatian saya, dia mempunyai kecenderungan ciri-ciri Autism tetapi terlalu sedikit.  Hanya kerana perkembangan komunikasinya lewat, ia menjejaskan perkembangan sosial dan kognitifnya...dan ia memberi impak yang besar pada pembelajarannya di sekolah.  Bayangkan tahap kognitifnya bagaikan umur 6 tahun tapi terpaksa belajar tahap darjah 5....mana mungkin dia mampu setanding dengan rakan sebayanya yang lain.


Semalam saya merujuk kes S di tempat saya belajar, bertanyakan sekolah yang sesuai untuknya.  S dinasihatkan untuk tidak memasuki pendidikan khas kerana ia tidak akan membantu dari segi pencapaian akademik jika dia ingin mengambil UPSR.  Alternatif yg lain mengikuti pusat intervensi yg menyediakan perkhidmatan intervensi Bahasa Inggeris, inetelektual dan behaviour(utk kanak2 ADHD), sekolah swasta yang mengenakan yuran terlalu tertinggi atau home schooling.  Jika dia memilih home schooling dia tidak mungkin dapat mengambil UPSR ataupun meneruskan pengajian ke sekolah menengah yg memerlukan sijil sekolah rendah nanti.  Cara yang terbaik berpindah ke sekolah biasa, berbincang dengan guru samada dia dibolehkan untuk menyertai kelas pemulihan tahap 1, itupun jika dia dibenarkan berbuat demikian.  Sebelum ini S pernah menyertai kelas pemulihan sehingga darjah 3.  Difahamkan kepada saya sekolah tersebut tidak ada kelas pemulihan bila memasuki tahap 2.

Rupanya di negara kita masih belum ada tempat yang sesuai untuk kanak-kanak seperti S, dan saya yakin ramai lagi yang mempunyai nasib seperti dia.  Jika dia dimalukan saban hari kerana tidak cemerlang dari segi akademik,  bagaimana dia punya maruah untuk melangkah ke sekolah.  Bukan hendak menyalahkan sesiapa, tapi kesedaran tentang Learning Difficulties yang semakin meningkat saban tahun harus dipandang serius.  Memang sekolah biasa tidak sesuai untuk dia tapi setiap sekolah perlu ada 'inclusion class' bagi membantu kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran dan di ajar mengikut tahap kognitifnya dan bukan tahap umur mereka.

Saya tidak rasa mereka bodoh, mereka masih boleh belajar dengan menggunakan teknik yang berbeza.  Sesi pembelajaran saya bersama S hari ini berkenaan Survival of the Species, berkenaan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dia mampu mengenal binatang yang bertelur dan beranak, jenis haiwan yang menjaga anaknya, bagaimana benih dan buah disebarkan, ciri2 benih atau buah yg disebarkan menerusi ejen dan sebagainya.  Dia dpt menjawab soalan berbentuk objektif (direct question) dengan baik.  Bagi soalan yg memerlukan thinking skill, dia dpt menjawab bila diterangkan maksud soalan tersebut. 

Sayang jika kanak-kanak seperti ini diabaikan dan tidak diberi peluang belajar.  Jika guru-guru tidak dapat membantu dia di sekolah, janganlah sampai membunuh minatnya untuk belajar di sekolah.  Sekalipun dia gagal dalam akademiknya, dia masih memerlukan sekolah untuk belajar dari segi sosialnya.

Sunday, February 13, 2011

Anak saya Ponteng Sekolah...apa puncanya?

Seorang ibu memberitahu saya,  dia baru menerima surat dari sekolah...anaknya ponteng sekolah selama 3 minggu. Seakan habis ikhtiar ibu ini...hanya dapat mengeluh..sedangkan anaknya berumur 11 tahun.  Saya mengenali anaknya sebagai seorang kanak-kanak yang suka mengasingkan diri, tidak punya ramai  kawan, tidak mempunyai masalah disiplin dan tidak agresif.  Lebih suka bermain secara sendirian biarpun bermain badminton dengan cara memukul bulu tangkis di dinding sebagai lawannya.  Dia hanya mula bercakap setelah berumur 7 tahun.  Dari segi fizikal dia sempurna segalanya dan sangat comel.  Boleh dikategorikan tampan apabila dewasa.

 Ibunya menyedari ada kekurangan pada anaknya apabila dia masih belum boleh bercakap di usia 2 tahun.  Hanya di usia  4 sehingga 6 tahun tahun, anaknya dibawa ke pakar kanak-kanak. Menjalani pelbagai jenis pemeriksan seperti pendengaran dan sebagainya akhirnya dia didiagnos mengalami  masalah Slow in General Learning Ability and Dyslexia.  Semasa berumur 5 tahun, anak ini telah menjalani terapi pertuturan untuk belajar bertutur, namun demikian hanya di penghujung November di waktu cuti sekolah darjah 1, akhirnya dia mula bercakap tanpa pelat.

Sebelum itu dia hanya boleh bertutur kurang dari 10 perbendaharaan kata, seperti ibu, abah, nak, tak nak dan nama panggilan abang dan kakaknya.  Tidak pernah mengadu lapar, sakit dan sebagainya.  Dia lebih suka menangis apabila mahukan sesuatu, atau mengangguk dan menggeleng apabila disoal.  Selepas dia boleh bertutur dengan baik , saya mula mengajar dia membaca Bahasa Malaysia. Lebih kurang  8 bulan selepas itu dia boleh membaca dengan baik dan mula belajar membaca dalam Bahasa Inggeris.  Hanya enam bulan selepas itu dia boleh membaca siri buku 'intermediate level' Bahasa Inggeris.  Semasa darjah 2, dia mengikuti kelas di Persatuan Dyslexia selama beberapa bulan dan kembali semula di sekolah asalnya.

Biarpun dia telah didaftarkan sebagai OKU (orang kurang upaya) di Jabatan kebajikan Masyarakat,  permohonannya untuk memasuki kelas 'khas'  gagal dengan alasan kelas tersebut penuh.  Akhirnya dia mengikuti kelas pemulihan. 

Sepanjang saya mengajar dia dihujung minggu, dia menunjukkan komitment yg sangat baik sewaktu belajar dan gembira bila mampu dan boleh menjawab soalan dengan betul.  Di awal tahun ini, dia kerap menyatakan tidak mahu ke sekolah.  Dia cuma mahu belajar di rumah.  Katanya dia bosan di sekolah.  Dia suka mengelak ujian tertentu seperti lukisan dan Sains.   Pencapaian akademik di sekolah pastinya terlalu lemah, dia banyak tidak menjawab soalan semasa peperiksaan. Dia juga tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti  di sekolah.  Ini mungkin terjadi kerana perkembangan sosialnya tidak seiring dengan umurnya.  Hingga kini  pertuturannya masih di tahap umur 6-7 tahun biarpun dia berusia 11 tahun.  Disebabkan masalah pertuturan, dia di anggap pelik oleh teman sebaya dan dia mula menyisihkan diri.  Mungkin kerana rakan lain dan guru-guru tidak memahami kekurangan dirinya maka dia hilang minat untuk belajar sedangkan sewaktu dia mula pandai membaca dia begitu bersemangat untuk belajar.

Di awal tahun ini, ibunya sekali lagi memohon untuk memasuki kelas pendidikan khas, namun hingga kini masih tiada jawapan.  Panggilan telefon juga tidak mendapat perhatian.

 Saya pasti kanak-kanak ini masih boleh belajar, kerana dia menunjukkan kemajuan yang tidak disangka. Dia boleh memahami subjek sains tentang mikroorganisma dan juga boleh mengira dengan baik.  Ibunya tidak mengharapkan dia cemerlang dalam akademik tapi sekurang-kurangnya dia mampu berdikari dalam perkara asas untuk persediaannya apabila dewasa kelak.

Saya juga pasti, masih ramai lagi kanak-kanak seperti ini yang terperangkap dalam situasi persekolahannya.  Dimanakah tempat yang sebenarnya untuk dia?  Sekolah khas tidak diterima, sekolah biasa dia tercicir kerana pembelajaran biasa tidak sesuai  dengan keadaan dirinya....

Ibunya memberitahu saya, dia sedar anaknya tidak ke sekolah.  Setiap pagi anaknya dikejutkan hingga terpaksa memukulnya, namun dia masih tidak mahu ke sekolah.  Adakalanya dia menyembunyikan diri di dalam almari.  Ada cadangan atau pandangan yang boleh dikongsi bersama...?


Sunday, February 6, 2011

Jahatkah dia..

Salam buat semua.....
Lebih setahun blog ini bersawang tanpa dijengah..kesiaaaaaaaaaaaan.....terbiar dek kesibukan melayan renab2 yg somel lagi manja diikuti pula dengan penyambungan semula alam pembelajaran di Lingusitic Council dalam bidang Special Education...huhuhu (cam skema je ayat ni..)

Banyak story yg boleh cerita tapi tara time mau jadi penglipur lara, maka bersawanglah blog ini yg hampir pupus kewujudannya...

Semalam semasa di rumah student , atas meja tersusun homework skola yg tidak berbuat sejak hari pertama skola....selain dr buku skola kanak2 tersbut ibunya meminjam buku kawannya sbb anaknya tak sempat nak menyalin soalan....sebenarnya memang tak banyak tapi dianggap banyak untuk tahap my student.  Sedih memang sedih bila tgk dia byk ketinggalan...cuba membantu sedaya yg mungkin.  Untuk memulakan sesi belajar bersama dengannya sebenarnya mudah tapi entah kenapa hari tersebut sgt mencabar.  Dia banyak mengomel, merungut dan bercerita untuk mengelakkan dia dari menyiapkan kerja sekolah.  Dalam tempoh satu jam dia hanya menulis 4 jenis nombor, sedangkan dia hanya perlu menyalin 10 nombor..bayangkan betapa seksanya menunggu...

Selepas nombor yg ke empat habis ditulis (setelah menghabiskan masa selama 50 minit yg pertama, dia mula terlompat2, buka almari tutup almari, tutup langsir, pasang lampu , pasang kipas dan air cond, tutup semula pasang kembali...ooooo..sungguh fenin..

Kemudian tangannya mula menyentuh pencil case milik saya, terus saya ambil dan dia minta coklat bila dia ternampak coklat...saya cuba berkompromi dgn dia..coklat akan menjadi miliknya jika dia menyiapkan tugasannya...dia mula memberontak, saya memeluk pencil case saya, dia mula menarik baju saya , cuba mengambil pencil case...bila melihat saya tidak mengendahkannya, dia mula melompat mengelilingi saya, dan memanggil twin brother (imaginary friends sbb dia anak tunggal) untuk membantu dia mengambil pencil case saya.

Dalam keadaan ini saya perlu bertegas kerana tidak mahu dia mengawal diri saya untuk seterusnya.  Lebih 15 minit bergomol dengannya, saya cuba mententeramkan dia, dan minta dia duduk di kerusi. Jika dia duduk di kerusi saya akan memberi coklat padanya.  Dia terjerit2 sambil berkata I want chocolate and no if if...dia mula menumbuk, menendang sekuat hati.  Biarpun berumur 8 tahun,  tapi dr saiz fizikal dan tenaganya sangat berbeza...Mungkin kerana pengaruh tv , dia mula bertukar watak monster, adakalanya pirate, adakalanya monyet, adakalanya harimau..yg sebelum ini dia gemar menunjukkan gambar karekter kartun.  Saya biarkan dia menumbuk dan menendang kerana jika saya mempertahankan diri takut dia pula terjatuh atau tersadung di tepi katil atau di white board yg mungkin lebih merbahaya.  Saya cuba keluar dari bilik dan dia menghalangnya dan menumbuk serta menembang tanpa henti...hampir terbogel saya dibuatnya...akhirnya saya berjaya membuka pintu dan mengharapkan ibunya atau sesiapa saja mendengar bunyi bising...Bila pembantu dan neneknya nampak berlari mereka ke atas.  Marahnya semakin membuak macam naik hantu.  Dengan ekspresi muka sungguh berbeza sekali... 

Dipendekkan cerita, bila ibunya pulang, dia ternampak saya menangis, terus neneknya beritahu perkara yg sebenar...ibunya mula merotan anaknya di depan saya.  Saya tidak sanggup melihat adegan itu terus turun ke bawah. 

Selesai episod tersebut, saya, ibu serta neneknya duduk berbincang...rupa2nya pada hari itu dia tidak mengambil ubat Ritailin yg spt selalu dia ambil sebelum mula belajar.  Ibunya baru bercadang untuk berhenti dr pengambilan ubat tersebut kerana dia semakin aggresif bila kesan ubat tersebut hilang  dan pengambilan ubat berterusan akan memberi kesan kepada jantungnya...ditelan mati emak diluah mati bapak...

Ibunya pernah mengingatkan saya supaya bersedia dengan kerenah anaknya yg mungkin akan menghalau saya keluar jika anginnya tidak baik...dan sebelum ini lebih sebulan saya bersama dengan dia, saya tidak mengalami kesulitan untuk mengajar dia, dan dia boleh menyiapkan tugasan dengan baik...

Kenapa murid tersebut perlu mengambil Ritalin...?  Sebenarnya murid tersebut mempunyai simptom ADHD yg agak teruk.  Ritalin membantunya untuk meningkatkan daya tumpuan dan tidak bersikap agresif, dan dengan itu dia dapat menyiapkan tugasan.

Kesian sungguh...memang mencabar punya anak seperti ini...tapi dia beruntung kerana punya ibu yg tahu kelemahannya dan sanggup bersusah payah untuk mengatasi masalah ADHDnya...