Sunday, September 18, 2011

Antara OKU dan IBU

Jika dulu OKU adalah dikenali sebagai Orang Kurang Upaya, tapi kini OKU telah ditukar kepada Orang Kelainan Upaya.....rasanyalah..tiada nama lain yg lebih indahkah untuk digantikan pada mereka yg dalam kategori ini..?


Melabelkan seseorang dengan kategori begini rasanya memang tak sedap rasanya...tapi tujuan sebenar adalah untuk maklumat statistik dan mungkin juga menjaga kebajikan dan hak mereka...tapi sejauh manakah hak dan kebajikan mereka dijaga..?   Saya tidak mahu menyentuh tentang perkara ini...tapi saya hanya ingin meluahkan perasaan yg tidak seronok bersarang di hati saya....OKU bukan saja dr segi fizikalnya, tetapi ada juga fizikal yg sempurna tapi dr segi intelektualnya yg berbeza tergolong juga dalam OKU....seperti autism, dyslexia, ADHD, dyscalculia dan banyak lagi...tapi kebanyakan mereka tidak didaftarkan di bawah OKU kerana tidak mahu dianggap sbg OKU...sedangkan jika mereka didaftarkan dlm kumpulan ini, maka suara dan hak mereka akan lebih didengari...ini penting kerana peratus OKU dr segi intelektual (mengalami masalah pembelajaran) semakin meningkat saban tahun jika dibandingkan dengan OKU dr segi fizikalnya semakin menurun peratusnya....Keadaan ini sepatutnya perlu dibimbangkan kerana mereka yg mengalami kesukaran belajar terpaksa berhempas pulas untuk menyaingi rakan2 sebaya mereka di sekolah....sedangkan "level" intelektual mereka tidak sama...maka yg pandai bertambah pandai, yg ketinggalan terus tercicir...dek kerana tidak didaftarkan di bawah nama OKU, maka tidak banyak tpt utk mereka yg mengalami masalah pembelajaran...

Adakah nama memainkan peranan penting...agar ada kesedaran ibu bapa untuk mendaftar anak mereka yg mempunyai perbezaan keupayaan agar nasib mereka lebih terjaga...jika ya...kenapa masih menggunakan nama OKU...?  Biarpun mempunyai maksud yg berbeza...berapa ramai yg tahu OKU telah dinaik taraf kepada Orang Kelainan Upaya....saya masih tidak suka dgn nama baru ini....rasanya lebih sedap jika diganti dengan Insan Berbeza Upaya (IBU) ....nampak lebih dihormati dan lebih lembut bunyinya....ada cadangan yang lain...yg lebih enak bunyinya...sila cadangkan ye....


Mekaseh....