Jika dulu OKU adalah dikenali sebagai Orang Kurang Upaya, tapi kini OKU telah ditukar kepada Orang Kelainan Upaya.....rasanyalah..tiada nama lain yg lebih indahkah untuk digantikan pada mereka yg dalam kategori ini..?
Melabelkan seseorang dengan kategori begini rasanya memang tak sedap rasanya...tapi tujuan sebenar adalah untuk maklumat statistik dan mungkin juga menjaga kebajikan dan hak mereka...tapi sejauh manakah hak dan kebajikan mereka dijaga..? Saya tidak mahu menyentuh tentang perkara ini...tapi saya hanya ingin meluahkan perasaan yg tidak seronok bersarang di hati saya....OKU bukan saja dr segi fizikalnya, tetapi ada juga fizikal yg sempurna tapi dr segi intelektualnya yg berbeza tergolong juga dalam OKU....seperti autism, dyslexia, ADHD, dyscalculia dan banyak lagi...tapi kebanyakan mereka tidak didaftarkan di bawah OKU kerana tidak mahu dianggap sbg OKU...sedangkan jika mereka didaftarkan dlm kumpulan ini, maka suara dan hak mereka akan lebih didengari...ini penting kerana peratus OKU dr segi intelektual (mengalami masalah pembelajaran) semakin meningkat saban tahun jika dibandingkan dengan OKU dr segi fizikalnya semakin menurun peratusnya....Keadaan ini sepatutnya perlu dibimbangkan kerana mereka yg mengalami kesukaran belajar terpaksa berhempas pulas untuk menyaingi rakan2 sebaya mereka di sekolah....sedangkan "level" intelektual mereka tidak sama...maka yg pandai bertambah pandai, yg ketinggalan terus tercicir...dek kerana tidak didaftarkan di bawah nama OKU, maka tidak banyak tpt utk mereka yg mengalami masalah pembelajaran...
Adakah nama memainkan peranan penting...agar ada kesedaran ibu bapa untuk mendaftar anak mereka yg mempunyai perbezaan keupayaan agar nasib mereka lebih terjaga...jika ya...kenapa masih menggunakan nama OKU...? Biarpun mempunyai maksud yg berbeza...berapa ramai yg tahu OKU telah dinaik taraf kepada Orang Kelainan Upaya....saya masih tidak suka dgn nama baru ini....rasanya lebih sedap jika diganti dengan Insan Berbeza Upaya (IBU) ....nampak lebih dihormati dan lebih lembut bunyinya....ada cadangan yang lain...yg lebih enak bunyinya...sila cadangkan ye....
Mekaseh....
Survival
Sunday, September 18, 2011
Monday, April 11, 2011
ingatkan sakit...rupanya...
Sudah 4 hari N tidak ke sekolah...dia bukan kaki ponteng...dan dia sangat bersemangat bila belajar...lebih-lebih lagi dia sudah pandai membaca BM, BI dan juga Jawi biarpun baru berumur 6 tahun. Jika dibandingkan dengan adik beradiknya yg lain , darjah 3 dan tingkatan 1, bacaannya lebih baik walaupun dia agak pelat bila bertutur. Dia juga sudah boleh mengira hasil tambah dgn nombor 2 digit...Dia merupakan anak harapan emaknya untuk mengubah nasib keluarga yg dikatakan tak 'menjadi'....
Dia juga merupakan pesaing hebat di dalam kelas yang bersungguh-sungguh belajar biarpun di rumah, saya tahu dia sering dibuli oleh abang dan kakaknya. Saya selalu memesan padanya, hanya ilmu yang dapat membantu kita di masa hadapan. Tanpa ilmu kita mudah ditipu, tanpa ilmu kita akan ketinggalan, tanpa ilmu pilihan kehidupan sangat terhad.
Pagi ini saya sangat mengharapkan kehadirannya di sekolah. Tiba-tiba muncul ayahnya bertanyakan anaknya.
"Teacher, anak saya ada dtg ke sekolah tak?'
Hati saya cuak...
"Belum datang..tapi dia dah lama tak datang kelas. Minggu lepas hari Rabu dia tak datang sampailah hari ni".
Hati saya berdebar-debar...pontengkah dia seperti abangnya yg kaki ponteng...aduh...
"Sebenarnya teacher, bini saya dah keluar rumah bawak anak-anak saya sampai sekarang tak balik-balik"
"Dia ada saudara di KL tak..? Mungkin dia pergi rumah saudara ke", saya bertanya.
"Mungkin dia balik Port Klang ..tapi dia bawak anak-anak saya ..tak ingat bebudak tu nak sekolah ke...kalau bini saya ada call teacher, suruh dia balik, kesiankan anak-anak nak sekolah, fikirkan masa depan diorang..."
Saya terdiam. Teringat kata-kata emaknya dua minggu lepas. Minta ditangguhkan yuran sekolah sebab suaminya masuk lokap kerana ganja. Terus mengadu tentang masalahnya...suami kaki pukul, hisap ganja dan pernah bawa balik perempuan mengandung kat rumah..malu dia dengan perangai suaminya..nak ditegur kena pukul...anak-anak pun tau perangai buruk ayahnya...
Mungkin kerana itu dia lari....terkilan saya dengan ketiadaan N....sedang dia begitu ghairah untuk belajar...masalah keluarga pula yg muncul...saya tak rasa dia kembali ke sini jika ibunya benar-benar mahu mengubah kehidupannya...kesian N...bagaimana nasibnya selepas ini...moga dia terpelihara dan nasibnya terbela....Amin..
Thursday, April 7, 2011
bila boss adalah boss.
Sewaktu saya mula bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan sebagai eksekutif pengiklanan...tanpa di duga boss di tpt saya bekerja itu adalah org yg pernah saya jumpa di tepi lebuhraya. Semasa temuduga, saya terus diterima bekerja di situ. Selepas sehari saya bekerja di situ, saya dinaikkan pangkat sebagai marketing manager. Saya sangkakan mungkin disebabkan pengalaman bekerja sebelum ini memberi pengaruh untuk kenaikan pangkat. Untuk bulan pertama, saya melatih org bawahan saya dan turut turun ke padang bersama mereka untuk mencari sales. Disebabkan majalah itu merupakan majalah sulung syarikat , maka banyaklah cabaran yg terpaksa kami lalui.
Boss pula ketika itu suka sangat tahan saya balik lewat hingga tengah malam atas alasan temankan staf yg lain di bahagian penerbitan dan editing...lagi ramai lagi meriah katanya...tak mengantuk staff yg lain. Mula-mula saya turutkan juga tapi kalau setiap hari rasanya tak sanggup..sbb bukan dibayar overtime pun. Lagipun tugas saya langsung tidak melibatkan bahagian editorial dan hanya borak-borak dgn boss serta staff yg lain..bosan..sungguh bosan.
Saya pula jenis terlalu serius dalam bidang kerja saya, tiada masa nak bermanja-manja dengan boss spt org lain...tiada masa nak ikut boss pergi bersosial mencari pelanggan...dan saya pula sebagai ketua bahagian marketing terlalu mengambil berat kebajikan orang bawahan saya terutama sekali berkaitan gaji. Boss pula berbulu dgn saya bila saya mempertahankan hak org bawahan saya...saya ditegur olehnya...sepatutnya awak menyebelahi majikan bukannya kawan-kawan awak...
Tindakan saya wajar kerana menuntut hak pekerja seperti gaji asas yg dijanjikan, epf dan juga socso..disebabkan itu saya diturunkan pangkat. Saya tidak kisah tentang turun pangkat dan juga tidak merayu pada boss. 2 minggu selepas itu boss memanggil saya mengadap...katanya dia hendak menaikkan gaji saya semula tetapi tidak pangkat...tetapi kenaikan gaji saya tidak akan tertera pada slip gaji....kenaikan gaji sebanyak RM500 adalah rahsia.....oooooo..saya faham maksud dia...
Keesokan harinya, saya terus berhenti kerja 24 jam....pada saya usaha saya tidak dinilai , pengalaman saya tidak dihargai...ilmu saya tidak dipeduli...Saya rasa buang masa saya jika bekerja di sini...hanya dtg ke pejabat sebagai penyeri ...itu bukan saya....masih lagi banyak ruang mencari rezeki di tpt lain...
Wednesday, April 6, 2011
Bila kena fitnah....
Skrg musim org sibuk cerita tentang fitnah ketua pemimpin pembangkang negara..belum habis kes terdahulu timbul pula kes baru....Fitnah..memang menyakitkan hati...kerana fitnah kita dipandang hina..kerana fitnah kita jadi bermusuh-musuhan...kerna fitnah maruah kita tercemar.
Saya juga pernah difitnah. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Biarpun saya tak seglamor artis pun ada juga org yg nak memfitnah saya. Dan saya sendiri sebenarnya tidak tahu ada org membuat fitnah terhadap saya. Saya hanya tahu selepas kematian arwah bapa saya.
Teringat saya ketika arwah bapa saya sakit tenat di hospital, pada masa itu kami menjangkakan dia akan pergi meninggalkan kami. Sampai saya di hospital, emak menyalahkan saya sebab babah sakit..saya tidak tahu kenapa emak begitu emosi terhadap saya.. saya sangat sedih masa tu bila diperlakukan depan org ramai..di depan saudara mara yg lain...ditambah dengan keadaan babah ketika itu...emak hanya menyatakan ini semua angkara saya..saya hanya diam tidak menjawab.
Rupa-rupanya saya dikatakan kaki minum arak dan di rumah saya banyak botol-botol arak tersusun di dalam bilik saya....babah sakit mengenangkan perbuatan saya..saya terkedu seketika....Ketika itu saya tinggal di Manjalara...saya bukan kaki clubbing, bukan keluar mlm tak tentu hala, bukan hisap rokok dan ketika itu juga hubby juga tidak pernah minum arak, hisap rokok jauh sekali..mana mungkin saya boleh jadi kaki minum...Kehidupan saya pada ketika itu menguruskan kedai di Kolej Sembilan. Seawal 8 pagi hingga 12 tengah malam. Selepas kedai ditutup saya bersama student UM akan pergi ke Mc Donald sbb nak bank in duit kedai...takut pergi sorang2 saya ajak mereka temankan saya...itu kehidupan saya..kalau nak bergembira pun kami berkaraoke beramai-ramai...itupun di bilik karaoke Kolej 9 di UM...fitnah ini sungguh dasyat....patutlah hubungan saya dgn emak masa tu dingin..terasa saya dianak tirikan...
Dan org yang menyampaikan fitnah ini adalah org yg pernah tinggal dgn saya seketika dan bekerja part time ketika itu dgn saya. Mungkin kerana tidak puas hati dgn tindakan saya memotong gajinya dan takut tembelangnya pecah maka saya difitnahnya...Tak perlulah saya ungkitkan kesalahan beliau kerana benda yg lepas...tapi saya tetap sedih disebabkan fitnah itu merenggangkan hubungan saya dengan emak dan babah...
Alhamdulillah..biarpun ketika babah masih hidup saya tidak tahu apa yg babah fikirkan tentang saya, saya yakin babah tahu saya tidak bersalah kerana saya anaknya...dan tentunya dia lebih percayakan saya dari kata-kata orang lain...Setiap kali saya teringatkan babah, saya selalu berkata..babah tak perlu risau tentang saya..saya tau jaga diri....
Kucing ini pun mungkin mangsa fitnah...ada manusia sengal saja letak botol-botol tu masa dia tidur....
Tuesday, April 5, 2011
my dinner...
Ini gambar popia basah. Saya beli di salah sebuah kiosk di Ikano Power Centre. Promosi beli 2 regenya RM5.50. Kalu beli sebijik je regenya 3 hengget setiap satu. Saya selalu beli popia buat dinner sbb lebih murah beli dr masak dan ketiadaan masa utk memasak.
Rasanya sedap..tapi tak boleh lawan popia basah Kak Rubiah anak mami Ujung Pasir...popianya memang merembes giler...berjurai air liur kalu tak dikawal..dia ada jual popia basah n popia goreng. Saya n famili sangat suka mkn kat situ. Favorite saya makan di situ adalah nasi lemak..sbb ada kangkung....sambal pun sodap..popia of coure basah n goreng n also loike air mata kucing panas....kecur air liur den tatkala ini....slurrrp..Org lain kalu mkn kat sini..nasi ayam pilihan utama..saya tak suka menu ni sbb saya tak makan ayam...sbb saya kesian kat ayam..sbb dedulu mak saya semelih ayam kesayangan saya yg saya slalu mandikan dgn sabun buku basuh baju..Super Busa....sejak itu saya tak sampai ati nak mkn ayam...
Kedai Kak Rubiah ni kat Lorong Pandan Kpg Lapan kot..saya tak mahir nama tpt kat situ tapi sgt mudah nak cari...memang sedap hingga menjilat sudu n pinggan...mabeles
Saturday, April 2, 2011
Sape tau Madu Angsa...?...kuih dedulu...
Semalam, teringin nak makan nasi beriyani..singgah sebentar di JM Briyani House. Ternampak Tapai Pulut Hitam...berhenti sambil berfikir...tapai pulut itam ni sama ke ngan Madu Angsa? Nak cobaaa....saya beli sebiji tapai yg regenya RM1.60...mak ooi mahalnya..dah lah kecik..isinya sama besar cam 1 sudu besar aje...memang mahal di KL ni...
Dari segi rasa sahih rasa cam tapai..sbb dia memang tapai pulut..kaler je lain....langsung rasanya tak de iras-iras mcm Madu Angsa.....Mana boleh jumpa Madu Angsa skrg ni ye..lama dah tak jumpa...
Kali terakhir jumpa masa hari raya puasa sewaktu sekolah rendah..lebih kurang 30 tahun yg lepas kot....itu pun masa beraya di Durian Daun...tak hengat plak umah sape masa tu....ada sesape tau Madu Angsa ada jual di mana...? Moga-moga belum pupus hendaknya tapi kemungkinan dah tersenarai dalam endangered spesis makanan ni...
Thursday, March 31, 2011
Cita-cita?
Dulu...pernah saya berangan ingin menjadi fesyen designer..hahahaha..mcm best je bunyinya...utk merealisasikan impian..saya pun mendaftarkan diri utk mengambil kursus di IFTC yg sangat mahal yurannya hingga saya tak ingat berapa sbb ditanggung oleh en hubby dulu..tapi rasanya RM18k utk 9 bulan...memang best belajar di sini...mula-mula belajar melukis dan saya ni memang fail bab melukis tapi akhirnya menjadi juga...sbb diajar dari asas melukis...kemudian belajar guna warna, marker pen utk mendesign baju..sungguh teruja masa tu...demi mencari idea utk mereka lakaran fesyen avantgard..tiap minggu duit berabis membeli majalah fesyen yg imported...berharga rm20 ke atas...sgt mahal...dan saban minggu saya tersangat rajinnya menjejakkan kaki ke Kamdar, Gulatis, Euro Moda dan sebagainya di Jln TAR sbb kena beli kain utk buat sampel, beli semeter nak gunanya tak sampai besar tapak tangan utk dilukis dan lekat pada lakaran fesyen..memang terasa dalam dunia glamor.
Selain dari belajar melukis, memang wajib belajar menjahit dan memotong kain. Teknik dia agak berbeza dari cara kakak-kakak saya memotong kain...atau belajar di kedai jahit biasa..yelah..tpt tu dulu Bernard Chandran pun belajar di situ juga...di mana ye...IFTC..International Fashion Training Centre di Bkt Bintang. Pelajar-pelajarnya rata2 anak org kaya atau tokeh butik...ada yg tempatan dan ada juga org asing spt dari Switzerland dan sebagainya.
Di situ juga kami akan di beri assignment untuk mereka baju dan membuat fesyen show di Mid Valley....teruja sungguh...3 pasang baju kalau tak silap...sebelum menjahit baju tersebut, kami terpaksa membuat lakaran baju utk diluluskan pengetua..baru boleh buat baju tu...
Dah nama tpt tu standard org kaya..saya yg tak berapa kaya ni terpaksalah bercampur dgn diorg. Waktu makan selalu di food court BB Plaza..tak mahal sgt..cuma kadang2 bila ada classmate yg baik ngan saya ajak makan sama, terpaksalah ikut rentak dia...dia memang kaya..sangat kaya...tpt shopping selalu di Spore dan Bangkok. Hisap rokok pun rokok Cartier..yg tak dijual bersepah-sepah...aksesori wajiblah berjenama yg hanya di jual KLCC. First time keluar makan dgn dia, kami ke Piccolo Mondo....adeh....kami pergi berlima..bila bayar asing2...saya punyalah yg paling murah..berapa murah ye...hampir RM40...utk saya sorang saja makan tengahari...adeh..kalau hari-hari mau ranap duit saya. Bayangkan harga makan tu pada tahun 2002 kalu tak silap...9 tahun yg lepas...adehBeginilah rupa tpt kami makan...adeh tak tahan.....selepas itu kami ke Isetan plak..singgah kedai jam..temankan kawan saya nak beli birthday present utk Korean boyfriendnya...saya buat pertama kali menjejakkan kaki ke kedai jam yg sgt mahal amatlah kekok rasanya...sempatlah saya mencuci mata....hati saya terpaut pada satu jam tangan yg sangat santeeeeeek...cap Cartier.....ooooo terujanya saya.....puluhan ribu....mak aaai...mahalnya..yg paling murah pun belasan ribu....bilalah saya nak merasa pakai jam mahal cam gini ye....bestnye...Sedang melihat2, sales girl pun bertanya...kawan saya pun menerangkan hajatnya...
How much is your budget miss?
About 30K....katanya selamba.
Hadoi...mau pisan rasanya....setakat boyfen yg belum tentu nak kawin sanggup berabis 30K....adeh..mau pitam rasanya....
Sorang lagi kawan pulak kata, nak cari jam utk hubby, budgetnya kecik sikitlah...kecik2 pun RM20k...
Dlm hati saya.....aku salah pilih kawan....
Kawan2 kat situ mcm2 perangainya..ada yg suka dtg kelas tak pakai bra..bila nak buat fitting baju...
Sorry..today I'm not wearing bra..I pakai niple sticker je...
Nak pisan lecturer tu..nasib baiklah dia tu kategori lelaki "cantik"..tak teruja kot kalu tgk perempuan tak pakai bra...hahaha...
Ada plak student yg suka pakai baju ala gothic lah dan ntah2 apa trend...fenin...
Sejak hari tu bila waktu makan..cepat2 saya join dengan lecturer saya makan di BB Plaza..supaya duit tak ranap...dengan parking tiap hari Rm5 jauh di hujung kampung..kalu parking dlm building mau habis Rm20 sampai ptg...
Pergi ke kelas...tiap hari sayalah org paling awal...tiap2 pagi dalam 7.30 pagi saya akan tidur sekejap di Taman Burung dkt Tasik Perdana kot...konon tak mahu terperangkap dalam traffic jem. Sempatlah tidur dlm kereta sejam dua...sbb tpt tu aman sikit nak tidur...bangun tidur baru ke Bkt Bintang.
Saya berhenti belajar di sana selepas mendapat assignment utk buat fesyen show...sbbnya saya tak berapa yakin dgn kebolehan diri saya....kalau nak buat fesyen show berkonsepkan muslimah memang tak lepas...lagipun selepas beberapa bulan di sana saya sedar ini bukan bidang yg ingin saya ceburi..saya memang suka berfesyen..tapi saya saya tak suka menjahit sebenarnya, saya lebih suka org buat baju untuk saya dan bukan saya menjahit baju untuk org lain...
En Hubby memang bising pd mulanya sbb duit dah beribu habis...tapi masa tu saya tak berapa nak kisah sbb bukan duit saya yg keluar..terasa kejamlah plak...hehehe
Dan sekarang saya masih sambung belajar...saya dah jumpa bidang yg saya minati...mendalami dunia pendidikan....untuk itu saya ambil Special Education kerana ingin tahu kenapa ada kanak-kanak yg sangat lemah dalam akademik...pelajar Lembam...(memang tak sedap bunyinya)..dan kali ini saya guna duit sendiri..keluar dari EPF..RM9K....bila bayar sendiri rasa rugi nak ponteng kelas...rasa rugi nak datang lambat..rasa rugi kalau bercakap dalam kelas...sebab tu saya duduk depan sekali dalam kelas sorang2 dan selalu berpartner discussion dgn minah saleh dr Glaslow,UK...sbb kalu duduk barisan tgh ..ramai kaki bercakap...dahlah tak berape nak pandai dlm bahasa penjajah...kalu tak paham tu..saya tebalkan muka mintak minah saleh tu explain kat saya dlm bahasa yg lebih mudah...
Saya dijangka tamat kursus bulan Julai agaknya...niat hati nak sambung Master...ataupun ambil Psikologi....tapi nak bayar yuran tak berapa nak best..kalu buat Master di Nottingham University RM40K mau guna..hadoooy..kalu di UM RM24K kalu tak silap...adeh...tak de yg murah ke....berkecailah impian...
Cita-cita? Terlalu banyak dalam perancangan tapi buat masa ini saya sangat gila nak belajar....kalu saya tak jadi nak buat Master..saya nak belajar main piano dulu buat sementara waktu...untuk mengaktifkan otak supaya tak karat...sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)