Jika dulu OKU adalah dikenali sebagai Orang Kurang Upaya, tapi kini OKU telah ditukar kepada Orang Kelainan Upaya.....rasanyalah..tiada nama lain yg lebih indahkah untuk digantikan pada mereka yg dalam kategori ini..?
Melabelkan seseorang dengan kategori begini rasanya memang tak sedap rasanya...tapi tujuan sebenar adalah untuk maklumat statistik dan mungkin juga menjaga kebajikan dan hak mereka...tapi sejauh manakah hak dan kebajikan mereka dijaga..? Saya tidak mahu menyentuh tentang perkara ini...tapi saya hanya ingin meluahkan perasaan yg tidak seronok bersarang di hati saya....OKU bukan saja dr segi fizikalnya, tetapi ada juga fizikal yg sempurna tapi dr segi intelektualnya yg berbeza tergolong juga dalam OKU....seperti autism, dyslexia, ADHD, dyscalculia dan banyak lagi...tapi kebanyakan mereka tidak didaftarkan di bawah OKU kerana tidak mahu dianggap sbg OKU...sedangkan jika mereka didaftarkan dlm kumpulan ini, maka suara dan hak mereka akan lebih didengari...ini penting kerana peratus OKU dr segi intelektual (mengalami masalah pembelajaran) semakin meningkat saban tahun jika dibandingkan dengan OKU dr segi fizikalnya semakin menurun peratusnya....Keadaan ini sepatutnya perlu dibimbangkan kerana mereka yg mengalami kesukaran belajar terpaksa berhempas pulas untuk menyaingi rakan2 sebaya mereka di sekolah....sedangkan "level" intelektual mereka tidak sama...maka yg pandai bertambah pandai, yg ketinggalan terus tercicir...dek kerana tidak didaftarkan di bawah nama OKU, maka tidak banyak tpt utk mereka yg mengalami masalah pembelajaran...
Adakah nama memainkan peranan penting...agar ada kesedaran ibu bapa untuk mendaftar anak mereka yg mempunyai perbezaan keupayaan agar nasib mereka lebih terjaga...jika ya...kenapa masih menggunakan nama OKU...? Biarpun mempunyai maksud yg berbeza...berapa ramai yg tahu OKU telah dinaik taraf kepada Orang Kelainan Upaya....saya masih tidak suka dgn nama baru ini....rasanya lebih sedap jika diganti dengan Insan Berbeza Upaya (IBU) ....nampak lebih dihormati dan lebih lembut bunyinya....ada cadangan yang lain...yg lebih enak bunyinya...sila cadangkan ye....
Mekaseh....
Showing posts with label special needs. Show all posts
Showing posts with label special needs. Show all posts
Sunday, September 18, 2011
Sunday, February 13, 2011
Anak saya Ponteng Sekolah...apa puncanya?
Seorang ibu memberitahu saya, dia baru menerima surat dari sekolah...anaknya ponteng sekolah selama 3 minggu. Seakan habis ikhtiar ibu ini...hanya dapat mengeluh..sedangkan anaknya berumur 11 tahun. Saya mengenali anaknya sebagai seorang kanak-kanak yang suka mengasingkan diri, tidak punya ramai kawan, tidak mempunyai masalah disiplin dan tidak agresif. Lebih suka bermain secara sendirian biarpun bermain badminton dengan cara memukul bulu tangkis di dinding sebagai lawannya. Dia hanya mula bercakap setelah berumur 7 tahun. Dari segi fizikal dia sempurna segalanya dan sangat comel. Boleh dikategorikan tampan apabila dewasa.
Ibunya menyedari ada kekurangan pada anaknya apabila dia masih belum boleh bercakap di usia 2 tahun. Hanya di usia 4 sehingga 6 tahun tahun, anaknya dibawa ke pakar kanak-kanak. Menjalani pelbagai jenis pemeriksan seperti pendengaran dan sebagainya akhirnya dia didiagnos mengalami masalah Slow in General Learning Ability and Dyslexia. Semasa berumur 5 tahun, anak ini telah menjalani terapi pertuturan untuk belajar bertutur, namun demikian hanya di penghujung November di waktu cuti sekolah darjah 1, akhirnya dia mula bercakap tanpa pelat.
Sebelum itu dia hanya boleh bertutur kurang dari 10 perbendaharaan kata, seperti ibu, abah, nak, tak nak dan nama panggilan abang dan kakaknya. Tidak pernah mengadu lapar, sakit dan sebagainya. Dia lebih suka menangis apabila mahukan sesuatu, atau mengangguk dan menggeleng apabila disoal. Selepas dia boleh bertutur dengan baik , saya mula mengajar dia membaca Bahasa Malaysia. Lebih kurang 8 bulan selepas itu dia boleh membaca dengan baik dan mula belajar membaca dalam Bahasa Inggeris. Hanya enam bulan selepas itu dia boleh membaca siri buku 'intermediate level' Bahasa Inggeris. Semasa darjah 2, dia mengikuti kelas di Persatuan Dyslexia selama beberapa bulan dan kembali semula di sekolah asalnya.
Biarpun dia telah didaftarkan sebagai OKU (orang kurang upaya) di Jabatan kebajikan Masyarakat, permohonannya untuk memasuki kelas 'khas' gagal dengan alasan kelas tersebut penuh. Akhirnya dia mengikuti kelas pemulihan.
Sepanjang saya mengajar dia dihujung minggu, dia menunjukkan komitment yg sangat baik sewaktu belajar dan gembira bila mampu dan boleh menjawab soalan dengan betul. Di awal tahun ini, dia kerap menyatakan tidak mahu ke sekolah. Dia cuma mahu belajar di rumah. Katanya dia bosan di sekolah. Dia suka mengelak ujian tertentu seperti lukisan dan Sains. Pencapaian akademik di sekolah pastinya terlalu lemah, dia banyak tidak menjawab soalan semasa peperiksaan. Dia juga tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti di sekolah. Ini mungkin terjadi kerana perkembangan sosialnya tidak seiring dengan umurnya. Hingga kini pertuturannya masih di tahap umur 6-7 tahun biarpun dia berusia 11 tahun. Disebabkan masalah pertuturan, dia di anggap pelik oleh teman sebaya dan dia mula menyisihkan diri. Mungkin kerana rakan lain dan guru-guru tidak memahami kekurangan dirinya maka dia hilang minat untuk belajar sedangkan sewaktu dia mula pandai membaca dia begitu bersemangat untuk belajar.
Di awal tahun ini, ibunya sekali lagi memohon untuk memasuki kelas pendidikan khas, namun hingga kini masih tiada jawapan. Panggilan telefon juga tidak mendapat perhatian.
Saya pasti kanak-kanak ini masih boleh belajar, kerana dia menunjukkan kemajuan yang tidak disangka. Dia boleh memahami subjek sains tentang mikroorganisma dan juga boleh mengira dengan baik. Ibunya tidak mengharapkan dia cemerlang dalam akademik tapi sekurang-kurangnya dia mampu berdikari dalam perkara asas untuk persediaannya apabila dewasa kelak.
Saya juga pasti, masih ramai lagi kanak-kanak seperti ini yang terperangkap dalam situasi persekolahannya. Dimanakah tempat yang sebenarnya untuk dia? Sekolah khas tidak diterima, sekolah biasa dia tercicir kerana pembelajaran biasa tidak sesuai dengan keadaan dirinya....
Ibunya memberitahu saya, dia sedar anaknya tidak ke sekolah. Setiap pagi anaknya dikejutkan hingga terpaksa memukulnya, namun dia masih tidak mahu ke sekolah. Adakalanya dia menyembunyikan diri di dalam almari. Ada cadangan atau pandangan yang boleh dikongsi bersama...?
Subscribe to:
Comments (Atom)
