Sunday, February 13, 2011

Anak saya Ponteng Sekolah...apa puncanya?

Seorang ibu memberitahu saya,  dia baru menerima surat dari sekolah...anaknya ponteng sekolah selama 3 minggu. Seakan habis ikhtiar ibu ini...hanya dapat mengeluh..sedangkan anaknya berumur 11 tahun.  Saya mengenali anaknya sebagai seorang kanak-kanak yang suka mengasingkan diri, tidak punya ramai  kawan, tidak mempunyai masalah disiplin dan tidak agresif.  Lebih suka bermain secara sendirian biarpun bermain badminton dengan cara memukul bulu tangkis di dinding sebagai lawannya.  Dia hanya mula bercakap setelah berumur 7 tahun.  Dari segi fizikal dia sempurna segalanya dan sangat comel.  Boleh dikategorikan tampan apabila dewasa.

 Ibunya menyedari ada kekurangan pada anaknya apabila dia masih belum boleh bercakap di usia 2 tahun.  Hanya di usia  4 sehingga 6 tahun tahun, anaknya dibawa ke pakar kanak-kanak. Menjalani pelbagai jenis pemeriksan seperti pendengaran dan sebagainya akhirnya dia didiagnos mengalami  masalah Slow in General Learning Ability and Dyslexia.  Semasa berumur 5 tahun, anak ini telah menjalani terapi pertuturan untuk belajar bertutur, namun demikian hanya di penghujung November di waktu cuti sekolah darjah 1, akhirnya dia mula bercakap tanpa pelat.

Sebelum itu dia hanya boleh bertutur kurang dari 10 perbendaharaan kata, seperti ibu, abah, nak, tak nak dan nama panggilan abang dan kakaknya.  Tidak pernah mengadu lapar, sakit dan sebagainya.  Dia lebih suka menangis apabila mahukan sesuatu, atau mengangguk dan menggeleng apabila disoal.  Selepas dia boleh bertutur dengan baik , saya mula mengajar dia membaca Bahasa Malaysia. Lebih kurang  8 bulan selepas itu dia boleh membaca dengan baik dan mula belajar membaca dalam Bahasa Inggeris.  Hanya enam bulan selepas itu dia boleh membaca siri buku 'intermediate level' Bahasa Inggeris.  Semasa darjah 2, dia mengikuti kelas di Persatuan Dyslexia selama beberapa bulan dan kembali semula di sekolah asalnya.

Biarpun dia telah didaftarkan sebagai OKU (orang kurang upaya) di Jabatan kebajikan Masyarakat,  permohonannya untuk memasuki kelas 'khas'  gagal dengan alasan kelas tersebut penuh.  Akhirnya dia mengikuti kelas pemulihan. 

Sepanjang saya mengajar dia dihujung minggu, dia menunjukkan komitment yg sangat baik sewaktu belajar dan gembira bila mampu dan boleh menjawab soalan dengan betul.  Di awal tahun ini, dia kerap menyatakan tidak mahu ke sekolah.  Dia cuma mahu belajar di rumah.  Katanya dia bosan di sekolah.  Dia suka mengelak ujian tertentu seperti lukisan dan Sains.   Pencapaian akademik di sekolah pastinya terlalu lemah, dia banyak tidak menjawab soalan semasa peperiksaan. Dia juga tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti  di sekolah.  Ini mungkin terjadi kerana perkembangan sosialnya tidak seiring dengan umurnya.  Hingga kini  pertuturannya masih di tahap umur 6-7 tahun biarpun dia berusia 11 tahun.  Disebabkan masalah pertuturan, dia di anggap pelik oleh teman sebaya dan dia mula menyisihkan diri.  Mungkin kerana rakan lain dan guru-guru tidak memahami kekurangan dirinya maka dia hilang minat untuk belajar sedangkan sewaktu dia mula pandai membaca dia begitu bersemangat untuk belajar.

Di awal tahun ini, ibunya sekali lagi memohon untuk memasuki kelas pendidikan khas, namun hingga kini masih tiada jawapan.  Panggilan telefon juga tidak mendapat perhatian.

 Saya pasti kanak-kanak ini masih boleh belajar, kerana dia menunjukkan kemajuan yang tidak disangka. Dia boleh memahami subjek sains tentang mikroorganisma dan juga boleh mengira dengan baik.  Ibunya tidak mengharapkan dia cemerlang dalam akademik tapi sekurang-kurangnya dia mampu berdikari dalam perkara asas untuk persediaannya apabila dewasa kelak.

Saya juga pasti, masih ramai lagi kanak-kanak seperti ini yang terperangkap dalam situasi persekolahannya.  Dimanakah tempat yang sebenarnya untuk dia?  Sekolah khas tidak diterima, sekolah biasa dia tercicir kerana pembelajaran biasa tidak sesuai  dengan keadaan dirinya....

Ibunya memberitahu saya, dia sedar anaknya tidak ke sekolah.  Setiap pagi anaknya dikejutkan hingga terpaksa memukulnya, namun dia masih tidak mahu ke sekolah.  Adakalanya dia menyembunyikan diri di dalam almari.  Ada cadangan atau pandangan yang boleh dikongsi bersama...?


5 comments:

Azlan Ali said...

huhu... sedih plak tau pasal budak ni... nak buat mcm mana... cikgu2 skrg bukan ade semangat yang betul utk mengajar... yg mereka tau nak kasik budak score tapi abaikan yg tercicir ni...

perhatian dan sokongan jer rasanya dapat bantu die selain mendapat kawan baik yang betul... confirm die akan OK... cikgu2 pun sepatutnya buat kerja lebih sikit utk fokus bagi student2 yg mcm nii.. bukan abis keje balik jer...

Unknown said...

Salam Faizah Jelita,
tak semua guru berkebolehan mengendalikan kanak2 khas sprt ini..lagi la sisitem pdidikan Malaysia belum maju sepenuhnya. Lebih diutamakan murid yang bijak..yg slow maka ketinggalan la..jarang ada cikgu yang nak duduk dengan pelajar bermasalah. Hanya kasih sayang dan perhatian dari keluarganya yang boleh diharapkn. Da rest, semoga Allah mengutus seorg insan yang boleh membantunya. so sad...x tau nak bantu macam mana..terkenang anak snediri..

Ticer Syah said...

guru pendidikan khas memang kurang.. tu pasal jadi mcm ni.. nk harap cikgu biasa mmg susah maa.. sbb tiada background macam mana nak kendali student macam ni.. dalam erti kata lain.. doktor mata agak payah nak ubati penyakit radang telinga..

sekian tima kasih

Ateh said...

tahap pendidikan kita masih lagi jauh ketinggalan jika dibandingkan dgn negara maju...yang sedihnya kanak-kanak spt ini tiada tpt utk mereka belajar. Sekolah pendidikan khas lebih tertumpu kepada kanak-kanak kurang upaya dr segi fizikal, down syndrome, dan austism. Kanak2 yg ada learning disabilities dan ADHD biasanya terpinggir kerana tempat utk mereka terlalu sedikit sedangkan setiap sekolah dianggarkan 5-7% mempunyai kanak-kanak learning disabilities, learning difficulties dan ADHD. Hanya beberapa sekolah sahaja yg mempunyai program inclusion utk mereka. Sememangnya guru pendidikan khas sgt diperlukan utk mengajar mereka kerana teknik yg berbeza. Membantu mereka sebenarnya dapat mengurangkan gejala sosial dan aktiviti yg kurang sihat. Kesian mereka ni...

Ateh said...

tahap pendidikan kita masih lagi jauh ketinggalan jika dibandingkan dgn negara maju...yang sedihnya kanak-kanak spt ini tiada tpt utk mereka belajar. Sekolah pendidikan khas lebih tertumpu kepada kanak-kanak kurang upaya dr segi fizikal, down syndrome, dan austism. Kanak2 yg ada learning disabilities dan ADHD biasanya terpinggir kerana tempat utk mereka terlalu sedikit sedangkan setiap sekolah dianggarkan 5-7% mempunyai kanak-kanak learning disabilities, learning difficulties dan ADHD. Hanya beberapa sekolah sahaja yg mempunyai program inclusion utk mereka. Sememangnya guru pendidikan khas sgt diperlukan utk mengajar mereka kerana teknik yg berbeza. Membantu mereka sebenarnya dapat mengurangkan gejala sosial dan aktiviti yg kurang sihat. Kesian mereka ni...