Salam buat semua.....
Lebih setahun blog ini bersawang tanpa dijengah..kesiaaaaaaaaaaaan.....terbiar dek kesibukan melayan renab2 yg somel lagi manja diikuti pula dengan penyambungan semula alam pembelajaran di Lingusitic Council dalam bidang Special Education...huhuhu (cam skema je ayat ni..)
Banyak story yg boleh cerita tapi tara time mau jadi penglipur lara, maka bersawanglah blog ini yg hampir pupus kewujudannya...
Semalam semasa di rumah student , atas meja tersusun homework skola yg tidak berbuat sejak hari pertama skola....selain dr buku skola kanak2 tersbut ibunya meminjam buku kawannya sbb anaknya tak sempat nak menyalin soalan....sebenarnya memang tak banyak tapi dianggap banyak untuk tahap my student. Sedih memang sedih bila tgk dia byk ketinggalan...cuba membantu sedaya yg mungkin. Untuk memulakan sesi belajar bersama dengannya sebenarnya mudah tapi entah kenapa hari tersebut sgt mencabar. Dia banyak mengomel, merungut dan bercerita untuk mengelakkan dia dari menyiapkan kerja sekolah. Dalam tempoh satu jam dia hanya menulis 4 jenis nombor, sedangkan dia hanya perlu menyalin 10 nombor..bayangkan betapa seksanya menunggu...
Selepas nombor yg ke empat habis ditulis (setelah menghabiskan masa selama 50 minit yg pertama, dia mula terlompat2, buka almari tutup almari, tutup langsir, pasang lampu , pasang kipas dan air cond, tutup semula pasang kembali...ooooo..sungguh fenin..
Kemudian tangannya mula menyentuh pencil case milik saya, terus saya ambil dan dia minta coklat bila dia ternampak coklat...saya cuba berkompromi dgn dia..coklat akan menjadi miliknya jika dia menyiapkan tugasannya...dia mula memberontak, saya memeluk pencil case saya, dia mula menarik baju saya , cuba mengambil pencil case...bila melihat saya tidak mengendahkannya, dia mula melompat mengelilingi saya, dan memanggil twin brother (imaginary friends sbb dia anak tunggal) untuk membantu dia mengambil pencil case saya.
Dalam keadaan ini saya perlu bertegas kerana tidak mahu dia mengawal diri saya untuk seterusnya. Lebih 15 minit bergomol dengannya, saya cuba mententeramkan dia, dan minta dia duduk di kerusi. Jika dia duduk di kerusi saya akan memberi coklat padanya. Dia terjerit2 sambil berkata I want chocolate and no if if...dia mula menumbuk, menendang sekuat hati. Biarpun berumur 8 tahun, tapi dr saiz fizikal dan tenaganya sangat berbeza...Mungkin kerana pengaruh tv , dia mula bertukar watak monster, adakalanya pirate, adakalanya monyet, adakalanya harimau..yg sebelum ini dia gemar menunjukkan gambar karekter kartun. Saya biarkan dia menumbuk dan menendang kerana jika saya mempertahankan diri takut dia pula terjatuh atau tersadung di tepi katil atau di white board yg mungkin lebih merbahaya. Saya cuba keluar dari bilik dan dia menghalangnya dan menumbuk serta menembang tanpa henti...hampir terbogel saya dibuatnya...akhirnya saya berjaya membuka pintu dan mengharapkan ibunya atau sesiapa saja mendengar bunyi bising...Bila pembantu dan neneknya nampak berlari mereka ke atas. Marahnya semakin membuak macam naik hantu. Dengan ekspresi muka sungguh berbeza sekali...
Dipendekkan cerita, bila ibunya pulang, dia ternampak saya menangis, terus neneknya beritahu perkara yg sebenar...ibunya mula merotan anaknya di depan saya. Saya tidak sanggup melihat adegan itu terus turun ke bawah.
Selesai episod tersebut, saya, ibu serta neneknya duduk berbincang...rupa2nya pada hari itu dia tidak mengambil ubat Ritailin yg spt selalu dia ambil sebelum mula belajar. Ibunya baru bercadang untuk berhenti dr pengambilan ubat tersebut kerana dia semakin aggresif bila kesan ubat tersebut hilang dan pengambilan ubat berterusan akan memberi kesan kepada jantungnya...ditelan mati emak diluah mati bapak...
Ibunya pernah mengingatkan saya supaya bersedia dengan kerenah anaknya yg mungkin akan menghalau saya keluar jika anginnya tidak baik...dan sebelum ini lebih sebulan saya bersama dengan dia, saya tidak mengalami kesulitan untuk mengajar dia, dan dia boleh menyiapkan tugasan dengan baik...
Kenapa murid tersebut perlu mengambil Ritalin...? Sebenarnya murid tersebut mempunyai simptom ADHD yg agak teruk. Ritalin membantunya untuk meningkatkan daya tumpuan dan tidak bersikap agresif, dan dengan itu dia dapat menyiapkan tugasan.
Kesian sungguh...memang mencabar punya anak seperti ini...tapi dia beruntung kerana punya ibu yg tahu kelemahannya dan sanggup bersusah payah untuk mengatasi masalah ADHDnya...
No comments:
Post a Comment