Sudah 4 hari N tidak ke sekolah...dia bukan kaki ponteng...dan dia sangat bersemangat bila belajar...lebih-lebih lagi dia sudah pandai membaca BM, BI dan juga Jawi biarpun baru berumur 6 tahun. Jika dibandingkan dengan adik beradiknya yg lain , darjah 3 dan tingkatan 1, bacaannya lebih baik walaupun dia agak pelat bila bertutur. Dia juga sudah boleh mengira hasil tambah dgn nombor 2 digit...Dia merupakan anak harapan emaknya untuk mengubah nasib keluarga yg dikatakan tak 'menjadi'....
Dia juga merupakan pesaing hebat di dalam kelas yang bersungguh-sungguh belajar biarpun di rumah, saya tahu dia sering dibuli oleh abang dan kakaknya. Saya selalu memesan padanya, hanya ilmu yang dapat membantu kita di masa hadapan. Tanpa ilmu kita mudah ditipu, tanpa ilmu kita akan ketinggalan, tanpa ilmu pilihan kehidupan sangat terhad.
Pagi ini saya sangat mengharapkan kehadirannya di sekolah. Tiba-tiba muncul ayahnya bertanyakan anaknya.
"Teacher, anak saya ada dtg ke sekolah tak?'
Hati saya cuak...
"Belum datang..tapi dia dah lama tak datang kelas. Minggu lepas hari Rabu dia tak datang sampailah hari ni".
Hati saya berdebar-debar...pontengkah dia seperti abangnya yg kaki ponteng...aduh...
"Sebenarnya teacher, bini saya dah keluar rumah bawak anak-anak saya sampai sekarang tak balik-balik"
"Dia ada saudara di KL tak..? Mungkin dia pergi rumah saudara ke", saya bertanya.
"Mungkin dia balik Port Klang ..tapi dia bawak anak-anak saya ..tak ingat bebudak tu nak sekolah ke...kalau bini saya ada call teacher, suruh dia balik, kesiankan anak-anak nak sekolah, fikirkan masa depan diorang..."
Saya terdiam. Teringat kata-kata emaknya dua minggu lepas. Minta ditangguhkan yuran sekolah sebab suaminya masuk lokap kerana ganja. Terus mengadu tentang masalahnya...suami kaki pukul, hisap ganja dan pernah bawa balik perempuan mengandung kat rumah..malu dia dengan perangai suaminya..nak ditegur kena pukul...anak-anak pun tau perangai buruk ayahnya...
Mungkin kerana itu dia lari....terkilan saya dengan ketiadaan N....sedang dia begitu ghairah untuk belajar...masalah keluarga pula yg muncul...saya tak rasa dia kembali ke sini jika ibunya benar-benar mahu mengubah kehidupannya...kesian N...bagaimana nasibnya selepas ini...moga dia terpelihara dan nasibnya terbela....Amin..
No comments:
Post a Comment