Thursday, April 7, 2011

bila boss adalah boss.


Sewaktu saya mula bekerja di salah sebuah syarikat penerbitan sebagai eksekutif pengiklanan...tanpa di duga boss di tpt saya bekerja itu adalah org yg pernah saya jumpa di tepi lebuhraya.  Semasa temuduga, saya terus diterima bekerja di situ.  Selepas sehari saya bekerja di situ, saya dinaikkan pangkat sebagai marketing manager.  Saya sangkakan mungkin disebabkan pengalaman bekerja sebelum ini memberi pengaruh untuk kenaikan pangkat.  Untuk bulan pertama, saya melatih org bawahan saya dan turut turun ke padang bersama mereka untuk mencari sales.  Disebabkan majalah itu merupakan majalah sulung syarikat , maka banyaklah cabaran yg terpaksa kami lalui.

Boss pula ketika itu suka sangat tahan saya balik lewat hingga tengah malam atas alasan temankan staf yg lain di bahagian penerbitan dan editing...lagi ramai lagi meriah katanya...tak mengantuk staff yg lain.  Mula-mula saya turutkan juga tapi kalau setiap hari rasanya tak sanggup..sbb bukan dibayar overtime pun.  Lagipun tugas saya langsung tidak melibatkan bahagian editorial dan hanya borak-borak dgn boss serta staff yg lain..bosan..sungguh bosan.

Saya pula jenis terlalu serius dalam bidang kerja saya, tiada masa nak bermanja-manja dengan boss spt org lain...tiada masa nak ikut boss pergi bersosial mencari pelanggan...dan saya pula sebagai ketua bahagian marketing terlalu mengambil berat kebajikan orang bawahan saya terutama sekali berkaitan gaji.  Boss pula berbulu dgn saya bila saya mempertahankan hak org bawahan saya...saya ditegur olehnya...sepatutnya awak menyebelahi majikan bukannya kawan-kawan awak...

Tindakan saya wajar kerana menuntut hak pekerja seperti gaji asas yg dijanjikan, epf  dan juga socso..disebabkan itu saya diturunkan pangkat.  Saya tidak kisah tentang turun pangkat dan juga tidak merayu pada boss.  2 minggu selepas itu boss memanggil saya mengadap...katanya dia hendak menaikkan gaji saya semula tetapi tidak pangkat...tetapi kenaikan gaji saya tidak akan tertera pada slip gaji....kenaikan gaji sebanyak RM500 adalah rahsia.....oooooo..saya faham maksud dia...

Keesokan harinya, saya terus berhenti kerja 24 jam....pada saya usaha saya tidak dinilai , pengalaman saya tidak dihargai...ilmu saya tidak dipeduli...Saya rasa buang masa saya jika bekerja di sini...hanya dtg ke pejabat sebagai penyeri ...itu bukan saya....masih lagi banyak ruang mencari rezeki di tpt lain...

1 comment:

Ticer Syah said...

itu mcm punye boss kita boleh sakap..hello bos.. u nk masuk neraka..sila jangan heret i.. u can owiz go to hell alone..hahahahah