Saturday, February 19, 2011

Anak saya Ponteng Sekolah (part 2)

Tadi, semasa saya berkunjung ke rumah student saya yg mahu berhenti sekolah, dia bersembunyi di dalam bilik gara2 tidak mahu belajar.  Ibunya tiada di rumah kerana bekerja.  Mujur ada bibik yg membantu mencarinya.  Bila dia ternampak saya, dia cuma tersengih kemalu-maluan.  Jom kita belajar, saya menyapa dia.  Dia cuma menggelengkan kepala.  Saya memimpin tangannya sambil berkata, "hari ni kita nak belajar sains..pasal binatang..nak tak?"  Dia mengangguk sambil tersenyum.

Kesempatan yang ada saya gunakan utk bertanya.  "Kenapa nak berhenti sekolah?  S tak suka belajar ke?  Dia cuma berkata, "Saya nak belajar kat rumah je..tak nak pergi sekolah. ".  "Tak suka pergi sekolah ke...kan ramai kawan kat sekolah, kalau kat rumah tak de kawan".  Dia hanya menjawab , "Malu".

"Malu dengan kawan-kawan ke atau dengan cikgu?", tanya saya bagai polis pencen.  "Malu dengan cikgu", katanya.

"Kenapa nak malu dengan cikgu?", tanya saya lagi.  "Cikgu suka ketawakan saya.  Budak lain pun ketawakan sama", balas S.  "Cikgu ejek S ke?", tanya saya lagi.  Dia hanya merenung saya sambil berkata "Dia suka malu saya".

Seperti yang pernah saya katakan tempohari, S tiada masalah kelakuannya seperti kanak-kanak ADHD.  Tidak mengusik pelajar lain, lebih suka menyendiri.  Dari pemerhatian saya, dia mempunyai kecenderungan ciri-ciri Autism tetapi terlalu sedikit.  Hanya kerana perkembangan komunikasinya lewat, ia menjejaskan perkembangan sosial dan kognitifnya...dan ia memberi impak yang besar pada pembelajarannya di sekolah.  Bayangkan tahap kognitifnya bagaikan umur 6 tahun tapi terpaksa belajar tahap darjah 5....mana mungkin dia mampu setanding dengan rakan sebayanya yang lain.


Semalam saya merujuk kes S di tempat saya belajar, bertanyakan sekolah yang sesuai untuknya.  S dinasihatkan untuk tidak memasuki pendidikan khas kerana ia tidak akan membantu dari segi pencapaian akademik jika dia ingin mengambil UPSR.  Alternatif yg lain mengikuti pusat intervensi yg menyediakan perkhidmatan intervensi Bahasa Inggeris, inetelektual dan behaviour(utk kanak2 ADHD), sekolah swasta yang mengenakan yuran terlalu tertinggi atau home schooling.  Jika dia memilih home schooling dia tidak mungkin dapat mengambil UPSR ataupun meneruskan pengajian ke sekolah menengah yg memerlukan sijil sekolah rendah nanti.  Cara yang terbaik berpindah ke sekolah biasa, berbincang dengan guru samada dia dibolehkan untuk menyertai kelas pemulihan tahap 1, itupun jika dia dibenarkan berbuat demikian.  Sebelum ini S pernah menyertai kelas pemulihan sehingga darjah 3.  Difahamkan kepada saya sekolah tersebut tidak ada kelas pemulihan bila memasuki tahap 2.

Rupanya di negara kita masih belum ada tempat yang sesuai untuk kanak-kanak seperti S, dan saya yakin ramai lagi yang mempunyai nasib seperti dia.  Jika dia dimalukan saban hari kerana tidak cemerlang dari segi akademik,  bagaimana dia punya maruah untuk melangkah ke sekolah.  Bukan hendak menyalahkan sesiapa, tapi kesedaran tentang Learning Difficulties yang semakin meningkat saban tahun harus dipandang serius.  Memang sekolah biasa tidak sesuai untuk dia tapi setiap sekolah perlu ada 'inclusion class' bagi membantu kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran dan di ajar mengikut tahap kognitifnya dan bukan tahap umur mereka.

Saya tidak rasa mereka bodoh, mereka masih boleh belajar dengan menggunakan teknik yang berbeza.  Sesi pembelajaran saya bersama S hari ini berkenaan Survival of the Species, berkenaan dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dia mampu mengenal binatang yang bertelur dan beranak, jenis haiwan yang menjaga anaknya, bagaimana benih dan buah disebarkan, ciri2 benih atau buah yg disebarkan menerusi ejen dan sebagainya.  Dia dpt menjawab soalan berbentuk objektif (direct question) dengan baik.  Bagi soalan yg memerlukan thinking skill, dia dpt menjawab bila diterangkan maksud soalan tersebut. 

Sayang jika kanak-kanak seperti ini diabaikan dan tidak diberi peluang belajar.  Jika guru-guru tidak dapat membantu dia di sekolah, janganlah sampai membunuh minatnya untuk belajar di sekolah.  Sekalipun dia gagal dalam akademiknya, dia masih memerlukan sekolah untuk belajar dari segi sosialnya.

2 comments:

Melur Jelita said...

Sedihnya...
Faizah jelita..izinkan saya share post ini di Melurjelita.com. Jom tukar link...kalau sudi

ini link saya ya
http://melurjelita.com/

Melur Jelita said...

Saya dah letak ur blog kat my bloglist..banyak info yang berguna di sini..tkasih kerna berkongsi dengan kami. terus menulis ya Faizah jelita