Thursday, March 24, 2011

Kalu suami hisap dadah plak cam mane?

Go to fullsize image

Semasa saya masih baru di KL, bekerja di sebuah syarikat penerbitan majalah, teman sekerja bekerja di tpt yg sama sebagai eksekutif pengiklanan.  Dia hanya bekerja sambilan di sykt itu utk menampung hidup di KL yg serba mahal...sedangkan dia merupakan seorang guru sekolah menengah...mencari rezki lebih.

Di pendekkan cerita, suatu hari dia kelam kabut, telefon tak putus2...ingatkan mencari client...rupa2nya mencari suami yang tak balik satu malam.  Dengan tak cukup tidur sbb semalaman mencari suami bersama adiknya di lorong2, bawah jambatan, tepi longkang...sbb itu kebiasaan dia mencari suami bila tak balik rumah.  Penyudahnya dia buat report polis...Dah lali dengan keadaan itu...selang beberapa hari dia akan bertemu suaminya bila ditahan polis.

Saya pernah bertanya..tak pernah di hantar ke pusat pemulihan ke?  Katanya buat masa ini dia tidak mahu suaminya dihantar ke sana sbb anak...dia tidak tahu nak jwb apa pada anaknya bila bertanya tentang ayahnya nanti.  Keluarga suami macam mana...tak membantu ke..?  Rupa2nya suaminya terlibat dadah dr keluarga suami sendiri...Keluarga sendiri dia malu..sbb kahwin pilihan sendiri, cuma dia rapat dgn ibu tirinya dr ibu kandungnya.  setiap masalah diadu pd ibu tiri bukan ibu kandungnya...dan dia sendiri lebih suka ayahnya berkahwin dgn ibu tirinya..sekurang2nya dia ada tpt mengadu...melopong saya mendengarnya...

Sampai bila nak bertahan...? 

Entahlah...terlalu sayangkan suami..sanggup susah bersama dengannya...padanya selagi suami belum naik tangan pd dia dan anaknya..selagi itu dia sanggup menghadapi dugaan...cuma dia terkilan tanpa sokongan keluarga terutama dr pihak suaminya, susah utk dipulihkan...sbb senang nak dapat bekalan....

Mulut tersangat gatal hendak bertanya...tak takut ke kalau ada AIDs..tapi tak sampai hati nak tanya..

Bila terkenang entry saya sebelum ini tentang bila anak tau pekung ayah...senario ini yg saya takut akan terjadi...

Hidup di KL mcm2 cerita yg saya jumpa....pengakuan isteri yg suami ada Siplis (penyakit kelamin)...betul ke ejaan saya ni...byk cerita yg peliklah....


No comments: