Tanggal 25hb Disember, genap sebulan babah pergi meninggalkan kami...sebulan? tapi rasanya bagaikan bertahun tidak bertemu...biarpun mulut rancak bercerita tentang kenangan bersama babah..ada masanya tetap hiba di hati..ada masanya ada getar bila bersuara dan ada masanya meleleh juga si air mata...
Biarpun bukan bergelar anak manja, tapi kasihnya tetap dirasa..kerana tegasnya dia mendidik anak, kami tidak berani bersuara atau membantah setiap arahannya. Babah lebih rela menonton berita tamil atau mandarin daripada membiarkan kami menonton rancangan yang mengandungi unsur hiburan seperti menyanyi dan menari.
Di zaman remaja, kami tidak bebas keluar bersama kawan apatah lelaki. Tak merasa melepak di shopping kompleks atau ke Mc Donald sekalipun..hanya pergi bersama keluarga.. Mungkin sebab itu aku tak punya ramai kawan..hanya kawan di sekolah. Habis sekolah habislah kawan dan tidak berpanjangan. Pernah punya teman lelaki di sekolah, tapi hanya bertemu di rumah dengan kehadiran mak dan babah..tidak pernah berpeluang keluar berdua hingga habis belajar di Politeknik. Setiap kawan perlu ditapis dengan babah..hingga kawan kolej pun perlu belajar di rumah dengan kehadiran mak atau babah. Pernah aku pulang lewat ke rumah sekitar 9 malam, itupun babah buat solat hajat lepas isyak...betapa ketatnya peraturan babah.. Hinggakan pilihan kursus untuk belajar babah yang tentukan..syaratnya pelajar perempuan mesti ramai..
Pelikkan...aku yang dulu dari aliran agama semasa menengah rendah , berpindah ke Teknik jurusan Sains Pertanian, kemudian beralih ke Perniagaan di kolej...semuanya babah yang memilih jurusan...dan selepas aku berdikari, barulah berpeluang membuat pilihan sendiri, Fesyen Designer dan akhirnya memilih Pendidikan sebagai kerjaya semasa...dan mungkin selepas ini akan mencari peluang di bidang lain...
Terima kasih pada babah yang sangat tegas mendidik aku...biarpun masa kecil tidak berani bermesra dengannya apatah lagi renungan mata cukup tahu apa maksudnya...hanya bila menjadi dewasa baru berani untuk berbual dengannya dan semakin rapat bila punya anak sebagai cucunya... dan hubungan lebih rapat bila dia diserang strok beberapa tahun yang lepas...hingga kini kasihnya tetapku rasa...terima kasih babah...
No comments:
Post a Comment