Sunday, November 15, 2009

bila ada kemahuan..di situ pasti ada jalan...

Semalam...seseorang bertanya samada dia boleh belajar English komunikasi bersama saya...?  Hahaha...ingin belajar..belajar speaking London...hmmm..macam mana yer..saya tak pernah menerima student tua..hehehe...sebelum ni pun ada yg datang bertanya tetapi teenager yg baru habis sekolah...teringin sangat nak speaking London...satu perkembangan yang baik tu...sebab Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan yang utama pada kebanyakan negara di seluruh antarabangsa... Tapi layakkah saya untuk mengajar mereka..sedangkan saya hanya mengajar peringkat rendah...Saya tidak ada lulusan ijazah dalam bidang ini....dan saya juga bukan pakar berbahasa Inggeris tetapi boleh berkomunikasi agak baik..dan bukan sangat baik...dan saya juga masih learning proses dalam bidang ini...

Memang benar, bahasa Inggeris memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan masa kini...walaupun PPSMI dimansuhkan tetapi berhadapan dengan masyarakat sekarang ianya semakin diperlukan...rata-rata lebih selesa berbahasa Inggeris...saya juga ada kalanya lebih suka berspeaking Londong..kata org..hehehehe..kerana saya bergaul dengan pelbagai jenis komuniti..dan kebanyakan pelajar saya juga berspeaking London dgn saya...dan adakalanya bergaduh dengan seseorang pun berspeaking London juga walaupun kami Melayu...kenapa ye...mungkin sebab saya rasa lebih mudah mengexpress feeling melalui bahasa ini..dimana jika berbahasa Melayu perkataan yg digunakan mungkin agak kasar bila nak gaduhlah...itu hanya pendapat peribadi saya...

Berbalik pada kemahuan belajar berbahasa Inggeris...sangatlah dipuji...kerana itu tandanya anda ingin memperbaiki atau ingin menambah ilmu di dada...(bukan di kepala or otak ke...musykil ni..)..so sebagai langkah permulaan kenali kelemahan anda...


Pertama...sejauh mana anda fasih membaca dan menyebut setiap perkataan bahasa Inggeris..jika masih suam-suam kuku..anda perlu belajar menyebut dan membaca buku terlebih dahulu...



Kedua...sejauh manakah anda kaya dengan vocabulary (perbendaharaan kata)..kalau hampeh..banyak yg tak tahu...anda perlu banyak membaca...mulakan dengan buku yang paling mudah..jika anda bukan tahap bawah umur...tak perlu baca buku cerita..baca buku yang lebih menarik seperti Who Moved My Cheese (buku motivasi yg menggunakan simple English)..sekurang2nya anda menimba 2 ilmu bila membaca buku ini..bahasa dan motivasi diri...sila guna kamus Bahasa Inggeris ke Bahasa Inggeris..jgn guna kamus BI-BM...kerana bila anda guna kamus BI - BI..anda memperkayakan lagi vocabulary anda..





The Present  yg menarik juga dan tidak membosankan for beginners yang mahu mempelajari ...selepas banyak membaca buku yg selainnya..seperti Rich Dad Poor Dad dan seangkatannya..barulah anda mula membaca novel bahasa Inggeris seperti The Sisters by Danielle Steel dan seangkatannya..dan ketika itu anda akan mula gila membaca sampai tak hengat dunia...wakakaka..

  Tidak dinafikan buku-buku ini agak mahal harganya jika dibandingkan dengan buku tempatan..lebih kurang RM30 ke atas..tapi jika dibandingkan ilmu yg ingin kita pelajari..itu semua dianggap sebagai investment...Kalau anda ingin yg murah buku ini ada juga dijual dalam bentuk cetak rompak...semuanya sama cuma jenis kertas agak berbeza..boleh didapati di Flea Market Amcorp Mall  Lower Ground Floor dekat tiang (siap promote lagi...saya hanya membeli yg pirate jika org pinjam buku saya dan tak pulang...huhuhu)..tapi sangat terhad pilihannya

Ketiga...sejauh mana tahap grammar anda dalam bahasa Inggeris?...jika langsung tak pandai...sila belajar grammar peringkat rendah...paling penting anda kena tahu simple present tense dan past tense..itu asas...kalau nak speaking london secara intensif...

dan akhir sekali...bila anda tahu sedikit sebanyak tentang grammar, sebutan perkataan agak mahir, dan sudah banyak vocabulary..jangan malu-malu untuk mulakan speaking london...cari kawan yg ingin melakukan perkara yg sama dengan anda...berbual dengan perkataan asas yg mudah ...berlakon kalau itu perlu..kalau malu juga...bercakap dengan cermin...atau tubuhkan kelab membaca buku bahasa inggeris dan cuba beri respon atau ulas buku yg kita baca melalui speaking london bersama teman...jangan takut silap bila guna salah ayat...luahkan segala apa yg anda terfikir pada waktu itu..kerana ia perlukan masa utuk mahir...practise makes perfect...

dan halangan utama dalam belajar berkomunikasi ini adalah perasaan takut dan malu untuk berspeaking...dan jangan biarkan takut dan malu itu menguasai anda..kerana ia akan membantutkan proses pembelajaran anda...biar salah n orang ketawa pun x per...yg penting anda perlu mencuba...hehehehe...lepas ni sama-sama kita berspeaking london yee...haahaha

Akhir kata...lebih baik mencuba dr jadi org..mi..spik no inglis...wakakaka (pinjam dr tukar tiub)


2 comments:

Ticer Syah said...

kalau agak2 ketakutan nak membaca english novels yang tebal setebal kayu balak tu, silalah mulakan dengan membaca mills and boons punya collection.. bahasa mudah dan bagi yang suka sangat menda2 romantika di amor tapi nak yang sopan2 punya, adalah amat digalakkan bermills and boons..hehe..

Ateh said...

suma sama ke author dia..bagi satu contoh tajuk novel itew...mau ku beli buat koleksi di library aku..