Thursday, November 12, 2009

Terima kasih....







Terima kasih kerana memilih saya untuk ditag..walaupun dalam hati bersarang geram..bukan kerana tidak suka tapi terasa seperti di waktu sekolah ..terpaksa mengarang sebuah karangan yang telah ditetapkan tajuk...sudah lama meninggalkan bidang penulisan ( penulisan hanya untuk karangan sekolah)   sedangkan saya lebih suka menulis untuk meluahkan perasaan...

Ucapan terima kasih adalah luahan dari segi bahasa untuk menggambarkan penghargaan kita pada seseorang mahupun Maha Pencipta dan juga alam semesta..Terima kasih juga boleh diucapkan menerusi tindak balas perbuatan seperti doa, solat, zikir (terima kasih pada Tuhan) dan juga melalui pemberian cenderahati ..terima kasih juga boleh diibaratkan sebagai menghargai pemberian atau nikmat yg dimiliki dengan cara menjaga amanah yg diberikan kepada kita...

Menerusi buku The Secret  by Rhonda Bryne menyedarkan saya betapa pentingnya  ucapan terima kasih dan kesannya kepada kehidupan kita ...Seperti yang dimaklumkan, ucapan terima kasih bukan setakat diluahkan kepada manusia dan juga Tuhan..tapi  ianya merangkumi setiap apa yg kita lihat , yang kita miliki dan juga kita sentuhi...Melalui ucapan terima kasih juga membentuk kita menjadi manusia yg tahu menghargai dan menjadi manusia berjiwa penyayang...

Terima kasih kepada kesukaran yang banyak mengajar saya erti ketabahan..terima kasih pada mereka yg pernah hadir dalam hidup saya ..terima kasih kerana memberi masalah kepada saya..saya belajar erti susah untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik..terima kasih pada mereka yg cuba menjatuhkan saya dan memusnahkan hidup saya satu ketika dulu..kerana ianya banyak membantu saya untuk menjadi manusia yg lebih baik, manusia yg lebih sabar, yang lebih tenang hatinya...terima kasih kepada mereka yang beberapa kali telah berjaya memecah masuk rumah saya untuk mencuri tanpa jemu..kerana tindakan kalian saya dapat berpindah ke tempat yang lebih baik, terima kasih kerana mencuri komputer riba saya..kerana tindakan kamu menyebabkan saya membeli komputer riba  yg baru...terima kasih kerana mencuri duit saya untuk beberapa kali..kerana tindakan kalian menyedarkan saya kekuasaan Illahi di mana saya dapat menyaksikan keajaiban di sebalik tragedi pecah masuk...terima kasih kepada mereka yg cuba memutuskan sebuah hubungan..kerana tindakan kalian telah merapatkan lagi jurang hubungan tersebut..terima kasih kerana  menegur saya tentang penggunaan bahasa yg dikatakan pembunuh bahasa..kerana teguran itu menyebabkan saya cuba menulis di ruangan ini dengan sebaik mungkin...sekalipun saya tidak menyesal dengan setiap kejadian yg saya tempuhi biarpun terkadang jiwa meronta...tapi ia sebenarnya adalah satu proses pembelajaran untuk memperbaiki kehidupan kita...

Ya...ucapan terima kasih tidak terhad kepada nikmat yang diberikan tetapi harus diberikan jua pada setiap masalah yg menimpa..kerana tanpa kesukaran bagaimana kita akan merasai nikmatnya sebuah kejayaan...tanpa kepahitan..bagaimana kita tahu akan nikmatnya kemanisan  hidup...

Setiap kali kaki melangkah..setiap kali mata melihat..setiap kali telinga mendengar..setiap kali jantung berdegup...setiap kali kita bernafas..ucapkanlah terima kasih...Terima kasih Tuhan kerana mencipta aku..terima kasih Tuhan kerana pemberianmu selama ini..terima kasih Tuhan kerana  masih membenarkan aku terus di sini..terima kasih Tuhan kerana aku masih disayangi..terima kasih Tuhan kerana aku menjadi pilihanmu untuk diduga dalam ujianMu..terima kasih Tuhan kerana masih memaafkan aku dan terima kasih tidak terhingga kerana Engkau tidak jemu untuk memberi peluang kepada aku...

Hati sebak mengenangkan kealpaan diri sendiri yang ada kalanya terikut dengan bisikan syaitan...seperti aku menjadi insan yang tidak tahu berterima kasih kepadaMu..Penciptaku.....terima kasih kerana masih mengasihani diriku...

dan ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan juga yang mengenali diri saya di atas kesabaran dan keikhlasan kalian ketika sama-sama mengharungi arus kehidupan...terima kasih emak..terima kasih babah...terima kasih kerana menjadi ibu bapa saya..

Sempena menjayakan kempen  1 Bulan 1 Adab ini ..saya dengan hormatnya memberi peluang kepada nama yg tertera di bawah ini untuk meneruskan kempen ini...

* En Motivasi Kerja (hehehehe)
* En Azlan Ali
*LonelyRose Black


Bagaimana nak layan tag ini, sila rujuk statement di bawah ye...

Sila ambil kod poster yang dipamerkan nanti. (siappp!!!)
Tampal kod tadi ke dalam satu entri di blog anda. (siappp!!!)
Entri tadi mestilah mengandungi sebarang kisah bebas mengenai ADAB yang dipromosikan dalam poster tadi. (siappp!!!)
Maklumkan kami dengan mengunjungi BLOG KEMPEN dan tulis dalam ruangan KOMENuntuk beritahu link entri tadi. (siappp!!!)
Jangan lupa letak banner kempen di sidebar blog anda. (siappp!!!)
Tag 3 orang daripada rakan pemblog anda untuk tujuan sama. (siappp!!! kenapa 3 aje..kenapa tak banyak? hiks...)

2 comments:

Ticer Syah said...

HOH! kenapa tang arahan bawah ko tiru aku punye..sungguh HOH dan tak berterimakasih la engko ni..wakakakka...

Ateh said...

sbb penat mau bersenam jari...terimaksih sbb aku copy paste tang arahan tu...mau cepat la dei...tapi ko lagi Hoh! mentag aku...wakakaka