Sunday, November 15, 2009

peranan orang gaji..


Orang gaji...tugas utama ialah menguruskan rumah dari segi kebersihan, menyediakan makanan minuman serta menguruskan pakaian..Bagaimana pula dengan menguruskan anak?...Sebenarnya orang gaji dan pengasuh adalah berbeza kerjaya..tugas pengasuh hanya mengasuh dan mendidik anak termasuk perkembangan sosial, emosi, kognitif, fizikal dan sebagainya tetapi  tidak melakukan kerja2 rumah...tetapi di Malaysia dan sewaktu dengannya selalu menganggap orang gaji menguruskan segala2nya termasuklah mengasuh anak....dan secara logiknya mengapa pula kita mengharapkan orang gaji yang mungkin tiada kelulusan akademik dalam bidang perkembangan kanak2 atau tiada pengalaman langsung untuk menjaga anak kita..bukankah kita meletakkan anak itu dalam situasi yang berisiko?  Berapa ramai kes orang gaji mendera anak majikan tersiar di akhbar...ini menunjukkan mereka tidak arif dalam bidang psikologi kanak2 dan tiada perasaan kasih sayang sebagai pengasuh untuk anak...Kita tidak boleh menuding jari sahaja kepada mereka...kerana kita memilih dia sedangkan kita tahu taraf pendidikan dan pengalaman beliau sewaktu memohon kerja dulu...

Ada baiknya sebelum mengambil orang gaji..kita fikirkan untuk apa kita mengambil dia..menjaga anakkah atau mengurus rumah..Jika mengurus rumah jangan dibebani dengan mengurus anak..jika tujuan mengurus anak..sekurang2nya carilah yg bergelar ibu yg sudah berpengalaman mempunyai anak jika tidak mampu mengupah pengasuh tahap profesional..

Dan beruntungnya mereka yang mendpat orang gaji yang merangkap mengasuh anak kerana sifat keibuan  yang memang ada pada mereka...

Jadinya sebelum kita menyalahkan orang gaji...fikirkan dulu apa tugas sebenar yang anda ingin mereka lakukan supaya jelas dan nyata...

No comments: