Sunday, November 15, 2009

Membesar bersama orang gaji

Masih lagi berkisar orang gaji...apa kesannya  anak-anak jika peranan seorang ibu diambil alih oleh orang gaji...  semuanya bergantung pada sikap individu itu sendiri...Hmmm...seorang teman pernah mengadu..."teacher...peninglah anak saya ni..sekarang ni cara dia bercakap dah lain..kalu dulu dia bercakap guna bahasa Inggeris..sekarang ni dah bercampur Inggeris dgn Indon..yelah sbb maid tak pandai berbahasa Inggeris...cakap melayu pun tak serupa melayu dah..kadang-kadang ..saya sendiri jadi tak faham"  Itu baru satu kisah..
Kisah kedua..seorang teman bercerita tentang jiran..."kesian orang gaji tu...tak rehat langsung..kerja 24 jam gamaknya..." "nape?", saya bertanya... "yelah..majikan dia serah bulat2 anak dia kat org gaji...sampaikan tgh malam baby kencing atau berak sanggup dia kejutkan orang gaji untuk salin diaper..susah sangat ke nak bersih najis anak sendiri?..belum masuk bab buat susu lagi..." "Agaknya mak dia penat sangat kot..?  Penat?...kalau tetiap hari macam tu nak kata penat...? Tau beranak jer ..tapi tak nak jaga sendiri..Takkanlah semua benda nak harapkan orang gaji..sape punya anak..dia ke orang gaji?", dia membebel...sungguh emo bila dia bercerita..

Hmmm..kesiankan...bila anak membesar dengan orang gaji...kesian pada baby yang inginkan sentuhan dari ibunya..yang inginkan belaian dari ibunya...

Tidak salah mengambil orang gaji tapi pastikan kita tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai ibu terhadap anak..tapi jangan sampai anak lebih menyayangi orang gaji lebih dari diri kita...dan ianya pernah terjadi...

Selain itu anak membesar dan belajar pada peringkat todler melalui imitating (meniru perbuatan orang dewasa)..waktu ini sangat kritikal kerana ia membentuk keperibadian anak kita itu tadi...Jangan sekali2 menengking orang gaji di hadapan anak..kerana ini menyebabkan anak berfikir tidak menjadi satu kesalahan kita menengking orang gaji tersebut..dan dia juga akan membuat perkara yg sama...Hormati orang gaji sebagai saudara seIslam...kerana dia pada dasarnya datang bekerja untuk meringankan beban kita..dan seharusnya kita melayan orang gaji dengan baik...Jika orang gaji menegur kesalahan anak, pastikan kita setuju dengan pendapat orang gaji supaya anak tidak keliru dengan peraturan itu..bincangkan bersama orang gaji terlebih dahulu jika berlainan pendapat..Jangan mengajar anak menyalah guna kuasa majikan(memerintah)...sebaliknya ajar anak untuk membantu orang gaji membuat perkara yg mudah seperti membantu mengemas meja, membasuh pinggan dan sebagainya agar anak turut memikul tanggungjawab...

Sila guna perkataan "tolong" bila menyuruh orang gaji membuat sesuatu perkerjaan biarpun kita menggaji dia...Jika semua yg saya sebutkan ini kita praktikkan bersama..persefahaman akan wujud di antara majikan dan orang gaji..

Dalam kes ini..terlalu ramai saya perhatikan anak-anak juga pandai mengarah orang gaji untuk buat sesuatu biarpun sudah bergelar anak dara..katil pun masih mengharapkan orang gaji mengemasnya...baju kotor dibiarkan berlambak di lantai, pinggan yg sudah makan dibiar sampai kering...walaupun kita mempunyai orang gaji..apa salahnya kita mendidik anak untuk menjadi untuk jadi ringan tulang...orang gaji tidak akan rugi jika dia terpaksa melakukan semua kerja..tapi yang rugi adalah anak kita sendiri...yang akan menjadi malas..kurang sikap bertanggung jawab...dan jangan manjakan anak-anak semata-mata kita hanya ada orang gaji...

Yang mana lebih penting ...guna pakai semaksimum yg mungkin tenaga orang gaji atau mendidik anak menjadi manusia berdikari..?  Siapa yang senang kemudian hari..fikirkanlah...

1 comment:

Ticer Syah said...

owh...saya takde orang gaji..so no problem.suma buat sndiri dan bole kurus dengan sndirinya..ekkek